Wednesday, December 2, 2009

KECELARUAN SKIZOFRENIA

Oleh : Abd. Hadi B. Abd. Karim

Skizofrenia merupakan sejenis penyakit akal yeng berat, menghancurkan peribadi dan sukar diubati. Penyakit ini juga dikenali sebagai split mind atau penyakit perpecahan rohani. Ia dikenali sebagai perpecahan rohani kerana seolah-olah terdapat satu dinding yang memisahkan sentimen daripada akal, mengasingkan kesedaran diri daripada fikiran dan menceraikan fikiran daripada logik. Antara gejala utama penyakit ini ialah mereka tidak mengendahkan sama sekali perkara yang disekeliling sehinggakan jika terdapat berita tragedi mengenai diri mereka misalnya anak meninggal, kehilangan harta benda dan sebagainya, mereka kelihatan selamba sahaja. Penyakit skizofrenia menyerang semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Namun begitu, kebiasaannya penyakit ini menyerang belia dan mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun.

Tanda-tanda asas skizofrenia

a) Kecelaruan perasaan dan emosi

Penghidap kecelaruan ini mengalami emosi yang tidak seimbang dengan aliran fikirannya. Contohnya, apabila menceritakan sesuatu peristiwa yang sedih mereka akan ketawa dan begitu juga sebaliknya. Perasaan mereka tidak seimbang dan mereka kehilangan keupayaan untuk menyatakan perasaan. Penghidap menunjukkan tanda flat effect di mana penghidap akan bercakap dengan suaa yang tidak menarik dan riak muka yang kaku serta selamba walaupun semasa membincangkan sesuatu tajuk yang diminati. Perasaan mereka juga sering diawang-awangan


b) Autisme

Penghidap mengalami fantasi yang menggantikan keadaan realisme. Mereka mempunyai fikiran yang subjektif dan hanya boleh difahami oleh dirinya sahaja. Mereka seringkali ingin mengasingkan diri. Kelakuan mengasingkan diri dari situasi biasa dengan alasan takut untuk merapatkan diri dengan orang lain. Sebaliknya pengasingan ini menimbulkan perasaan ketakutan. Fikiran mereka yang bersifat autistik menyebabkan mereka tidak mengambil berat tentang masa atau tempat dan seluruh atau sebahagian dirinya sendiri.

c) Ambivalens

Penghidap mempunyai perasaan dan sikap yang bertentangan terhadap sesuatu objek dan situasi. Kebiasaannya penghidap skizofrenia mengalami perasaan yang kuat. Contohnya pada awalnya mereka merasakan gembira dan ingin bersahabat dengan kita. Secara tiba-tiba mereka akan menarik diri kerana perasaan yang bertentangan telah timbul secara tiba-tiba.

d) Halusinasi

Halusinasi merupakan persepsi palsu yang melibatkan kesemua pancaindera. Penghidap mempunyai persepsi palsu terhadap perkara yang dilihat dan didengarnya. Contohnya mereka mungkin mendengar suara bercakap kepadanya memberitahu sesuatu. Kebiasaanya penghidap akan bercakap balik dengan suara yang kedengaran.

e) Delusi

Delusi merupakan kepercayaan palsu yang tidak tertatur. Kepercayaan palsu ini akan dipercayai dengan kuat walaupun terdapat bukti yang logik dan benar diberikan kepadanya. Jenis kepercayaan palsu tersebut ialah:

- Delusi penyeksaan dan penganiayaan; penghidap mempercayai masyarakat sentiasa menceritakan tentang dirinya, mengawasi, menyimpan dendam, cuba meracun dirinya da sebagainya.

- Delusi kesabara dan kemuliaan. Kebiasaannya kepercayaan ini wujud daripada perasaan diri tidak cukup, perasaan rendah diri dan merasai tidak selamat. Penghidap mempercayai bahawa orang sentiasa mengawasinya kerana dia berkuasa mempunyai segala kebesaran. Contohnya seorang miskin berlagak seperti seorang hartawan, dan seorang pemandu berlagak seperti pengarah besar.

- Delusi pengaruh ; penghidap mempecayai bahawa terdapat kuasa luar cuba mengawalnya. Dia mempunyai kebolehan dan pengaruh untuk mendapatkan utusan dari tuhan dan sebagainya.

- Delusi Hipokondriak ; pesakit merasa kesakitan tubuh badan palsu. Penghidap skizofrenia hanya akan menumpukan pada kesakitan sahaja.

- Delusi Sangkaan ; penghidap mempercayai bahawa semua perbuatan tertumpu kepadanya. Semua berita dalam radio, TV dan akhbar membicarakan tentangnya.

- Depersonalisasi ; fikiran palsu mendorongnya memikirkan bahawa tubuh badannya berubah bentuk dan tidak berbentuk manusia.

- Derealisasi ; fikiran palsu yang mendorongnya memikirkan bahawa suasana alam semulajadi mengalami perubahan dan berubah corak.

f) Gangguan Keinginan dan Kemahuan

Penghidap skizofrenia selalu menunjukkan perasaan dan sikap lalai serta tidak mengendahkan hal yang berlaku di sekelilingnya. Penghidap sanggup duduk disuatu tempat bertahun-tahun lamanya tanpa bergerak. Sesetengah penghidap menunjukkan kelakuan “hiperbola”. Mereka menunjukkan kegembiraan yang berlebihan dan tidak berupaya mengawal tekanan dalam dirinya. Mereka melakukan aktiviti yang biasa dengan keterlaluan. Keadaan ini menunjukkan kelemahan penghidap untuk mengawal tingkahlaku.

Jenis skizofrenia

i) “ Simple”

kerapkali menyerang individu semasa awal remaja dan semakin teruk aapabila umur meningkat. Ciri-ciri:

- pada masa tertentu penghidap akan menarik diri, tidak berminat mengadakan perhubungan sosial , (sekolah, keluarga dan rakan-rakan)

- kurang sensitive dan emosi

- bersikap acuh tak acuh

- tidak menunjukkan tanda-tanda gangguan ikiran, khayalan dan kepercayaan palsu atau delusi.

ii) Skizofrenia Hebefrenik

Individu yang menghidap kecelaruan ini mempnyai keretakan keperibadian yang teruk. Tanda-tanda awal keceleruan ini ialah sukar berfikir. Keadaan ini menyebabkan penghidap berada dalam keadaan bermimpi. Penghidap kecelaruan ini kadangkala ketawa yang tidak berpatutan, dan menangis tidak tentu arah. Mengalami delusi yang melibatkan perkara berkaitan nafsu, keagamaan, penyeksaan dan hipokondriak. Mereka mengalami halusinasi tentang pendengaran dan penglihatan, bercakap tidak tentu arah dan tidak boleh difahami, berkelakuan seperti orang tidak siuman, dan hilang perasaan malu. Mereka juga menunjukkan kelakuan buruk terhadap nafsu, tidak menghiraukan kebersihan diri dan keperluan, tidak berminat terhadap persekitaran dan melakukan serangan kejam.

iii) Skizofrenia Katatonik

mempunyai kaitan dengan kekurangan daya, kecerdasan akal, dan berada dalam keadaan bermimpi umumnua, penghidap menggambarkan dua fasa :

  • Fasa keadaan stupor ; berkeadaan seolah-olah tidak sedarkan diri dan tidak mengamil berat terhadap keadaan dirinya, membisu diri, menolak makanan dan enggan bergerak. Mereka duduk di suatu tempat dalam tempoh yang lama, tidak hiraukan keadaan sekeliling dan tidak menunjukkan sebarang reaksi perasaan. Kadangkala mereka akan terkencing dan membuang air besar tanpa sedar. Tanda-tanda fizikal fasa stupor termasuk kulit berwarna pucat, kulit badan berminyak, tangan dan kaki sejuk dan biru, bau badan tertentu, denyutan nadi dan tekanan darah rendah, berat badan menurun dan air liur mengalir tanpa disedari.

  • Fasa kegegaran ; penghidap berubah dari fasa stupor ke fasa teruja. Mereka terpengauh dengan kehendak hati. Pada fasa ini mereka boleh bercakap, menjawab solan dan menunjukkan kelakuan yang mudah terpegaruh kepada kehendak hati. Kadangkala mereka boleh menyerang atau membinasakan orang lain, berlari tanpa hala tuju, mencerderakan diri dan cuba membunuh diri. Perubahan dari fasa stupor ke fasa kegegaran adalah tidak menentu. Sesetengah penghidap mengambil masa beberapa jam atau beberapa hari atau minggu.

iv) Skizofrenia Paranoid (prasangka)

Penghidap kecelaruan ini sangat sensitif terhadap penghinaan, bersifat menyerang, pendendam dan melanggar peraturan yang dikenakan ke atasnya. Penghidap kecelaruan ini selalu merasakan kekurangan diri kerana kegagalan dalam hidup. Mereka tidak mempercayai orang lain dan selalunya akan menyalahkan orang lain atas kegagalannya. Pada mulanya penghidap mengalami perasaan prasangka yang perlahan-lahan dan ahirnya prasangka tersebut tidak berasas langsung. Kebiasaannya kepercayaan palsu ini akan diikuti dengan khayalan penglihatan, pendengaran dan lain-lain.

Keseluruhan kelakuan pesakit tertumpu kepada kepercayaan palsu dan khayalan yang dialami. Mereka juga tidak mampu membuat penilaian penting dan menunjukkan kelakuan yang berbahaya dansukar diramal. Contohnya, mereka mungkin akan menyerang seseorang yang disyaki walaupun orang bekenaan tidak dikenali. Mereka juga mempunyai kepercayaan palsu yang ajaib. Mereka juga mempunyai perasaan cepat marah, bercakap banyak, takut dan kabur tentang realiti.

v) Skizofrenia lain

Skizofrena afektif termasuk dalam komponen depresif atau mania yang kuat. Penghidap skizofrenia afektif mempunyai delusi kemuliaan. Mereka juga menunjukkan reaksi kegembiraan yang terganggu. Skizofrenia terpendam dikelaskan kepada mereka yang menunjukkan kecelaruan pemikiran dan personality yang tidak terurus. Nagaimanapun, keadaan ini boleh menyerang sekali sekala sahaja.

Sebab-sebab am Skizofrenia

a) Faktor biologi

Ahli teori genetik menjelaskan bahawa skizofrenia disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang menghidap penyakit skizofrenia bukan disebabkan oleh faktor persekitaran atau suasana maladaptif dan pembelajaran salah penyesuaian. Kanak-kanak ini mempunyai pembawaan genetik yang sama. Kajian-kajian dijalankan untuk mengenalpasti perkaitan kecelaruan skizofrenia dengan baka. Antaranya, kajian dilakukan terhadap 47 orang kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang menghidap skizofrenia di hospital. Kanak-kanak ini telah ditempatkan di rumah kelarga angkat. Didapati bahawa 16.6 peratus daripada subjek menghidap skizofrenia. Kajian juga mendapati bahawa kanak-kanak ini lebih mengalami rencatan akal, neurotik dan psikopatik. Kebanyakan daripada mereka sering terlibat dengan aktiviti jenayah dan ditempatkan dipusat pemulihan akhlak.

b) Faktor biokimia

Faktor Biokimia terbahagi kepada

i. Hhipotesis viral yang menyatakan bahawa penyakit skizofrenia disebabkan oleh virus yang bertindak dengan genetik.

ii. Hipotesis dopamine yang menerangkan asas-asas fizikal bagi penyakit skizofrenia dimana dopamine terdapat pada bahagian otak dan sistem saraf telah terlibat dalam tingkahlaku skizofrenia.

iii. Hipotesis transmenthylation menyatakan bahawa penyimpangan genetik dalam sistem metabolisme akan menyebabkan norepinephrie tersekat dan menghasilkan skizorenia yang mengeluarkan halusinogen.

iv. Biopsikologi berkait rapat dengan pengalaman hidup seperti tekanan trauma keluarga dan sebaginya boeh menyebabkan perubahan biokimia yang boleh menimbulkan penyakit skizofrenia.

b) Faktor psikososial

c) Faktor sosio budaya

Rawatan

a) Terapi milieu dikenali sebagai komuniti teraputik. Memberi penekanan pesakit mempelajari kelakuan yang betul hasil daripada pendedahan kepada persekitaran yang sebenar. Terapi ini merupakan satu bentuk terapi yang dijalankan di hospital.

b) Terapi dadah. Kebiasaannya dadah digunakan bagi merawat pesakit skizofrenia yang dimasukkan ke hospital. Dadah yang digunakan dengan kadar sukatan rendah dan akan ditambah perlahan-lahan sehingga kesan antipsikotik maksimum dan kesan sampingan yang minimum. Kebiasaannya tahap ini sampai ke sukatan ubat yang paling tinggi. Sebaik sahaja cara perubatan sebenar dikenal pasti pesakit akan dipulih daripada pergantungan dadah.

c) Psikoterapi yang terbahagi kepada dua iaitu analisis terus dan psikoterapi tingkahlaku.

No comments:

Post a Comment